PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA KURSUS : PENGURUSAN DALAM ISLAM
KOD KURSUS : DUA 2022
TAJUK : KHULAFA’ AR-RASYIDIN
JABATAN: PERDAGANGAN
KELAS : DIB2A
PROGRAM : DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM
SESI : JUN 2019
SEMESTER : 2
NAMA TUGASAN : E- FOLIO
NAMA PENSYARAH : SITI NURFARHANA BINTI ZAKARIA
BIL.
|
NAMA PELAJAR
|
NO.PENDAFTARAN
|
1.
|
NURJIHAN BINTI MD ROZI
|
10DIB18F2075
|
2.
|
NURATIKAH BINTI A.KHALID
|
10DIB18F2040
|
3.
|
NUR HAZIMAH BINTI ZULKIFLI
|
10DIB18F2042
|
4.
|
NUR EIDA SYAZLEEN BINTI MD NORRIZAN
|
10DIB18F2038
|
ISI KANDUNGAN
BIL.
|
SENARAI KANDUNGAN
|
1.
|
PENGENALAN
|
2.
|
DEFINISI KHULAFA’ AR-RASYIDIN
|
3.
|
LATAR BELAKANG KHULAFA’ AR-RASYIDIN
|
4.
|
STRATEGI DAN SUMBANGAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
|
5.
|
PRINSIP AL-UBUDIYYA DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
|
6.
|
KESIMPULAN
|
7.
|
SUMBER RUJUKAN
|
8.
|
LAMPIRAN
|
PENGENALAN
Perkataan khalifah atau khalifat(tunggal), Jama’nya khulafa’ bermaksud pengganti iaitu penganti Rasulullah SAW. Kemudiannya ia digunakan untuk jawatan ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal dunia dan agama menggantikan Rasulullah SAW. Kedudukan dan taraf khalifah dari segi kuasanya adalah sama taraf dengan Rasulullah SAW dan setiap orang wajib mentaatinya. Pemilihan seorang khalifah adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh umat islam selepas baginda wafat. Ia sebenarnya suatu yang sangat sukar kerana sebelum baginda wafat, baginda tidak pernah menamakan sesiapa yang seharusnya dilantik untuk menjadi ketua negara islam.
Pada mulanya tiada sesiapa yang mengambil kisah tentang masalah perlantikan khalifah tetapi apabila ia menjadi salah satu isu yang dibangkitkan, ia terus menjadi masalah yang menarik perhatian seluruh umat islam.Ketika masalah perlantikan khalifah itu, golongan Ansar telah mencalonkan Sa’ad bin Ubadah manakala golongan Muhajirin pula mencadangkan Abu Bakar bin al-Siddiq dan diikuti dengan golongan yang ketiga iaitu golongan Bani Hasyim yang mencalonkan Ali bin Abi Talib. Walaupun umat islam mengalami masalah dalam melantik khalifah tetapi perpaduan umat islam tetap terpelihara di mana Abu Bakar al-Siddiq telah dipilih dengan suara majoriti dan diterima oleh semua umat islam di dalam perhimpunan anjuran golongan Ansar itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz taat setia(bai’ah) di dalam aturcara yang dijalankan semasa perlantikan khalifah-khalifah yang berikutnya. Selepas perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah, bermulalah zaman khulafa ar-rasyidin.
- Berasal dari bahasa arab .
- Terdiri daripada khulafa dan Ar-Rasyidin.
- Menurut bahasa , kata khulafa ini adalah bentuk `jamak` dari kata khalifah bermaksud`pengganti`.
- Menurut istilah pula , khulafa bermaksud `pemimpin`.
- Perkataan Ar-Rasyidin berasal dari kata Ar-Rasyid yang bermaksud`bijaksana`dan`cerdas`.
- Di erti kata lain ia juga diertikan dengan `yang mendapat petunjuk dan mengikut jalan yang benar`.
- Erti kata lain lagi khulafa dan Ar-Rasyidin secara harfiah adalah `para pengganti yang diberi petunjuk .
- Istilah lain,khulafa Ar-Rasyidin bererti para pengganti Rasullullah SAW sebagai pemimpin umat.
- Mengikut tunjuk dan jalan yang benar dari allah SAW dan rasulnya.
- Khalifah bukan menggantikan tugas nabi Muhammad SAW,melainkan menggantikan tugas Nabi Muhammad SAW sebagai kepala negara dan kepala pemerintah islam.
- Sepanjang hayatnya,para khalifah tidak menjalankan dirinya dengan gelaran khulafa Ar-Rasyidin .
- Orang-orang yang lepas mereka yang memberi gelaran nama itu .
- Para khalifah sendiri memanggil diri mereka sendiri dengan istilah yang sederhana iaitu khalifah Rasulullah SAW yang bererti `pengganti Rasulullah`.
LATAR BELAKANG KHULAFA AR-RASYIDIN
- Khulafa Ar-Rasydin ialah gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat nabi yang memegang jawatan dalam negara islam.
- Selepas kewafatan Rasulullah,perlantikkan mereka dibuat secra `syura` iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum.
- Selepas pemerintahan itu berlaku,kerajaan islam diganti oleh kerajaan umaiyyah.
- Khalifah adalah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara islam
- Khulafa terdiri daripada empat orang iaitu:
- Saidina Abu Bin As-Siddiq
- Saidina Umar Bin Al-Khatab
- Saidina Uthman Bin Affan
RIWAYAT HIDUP KHULAFA AR-RASYIDIN
BIODATA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
- Nama sebenar beliau adalah Abdullah Bin Quhafah.
- Beliau dilahirkan di kota Mekah 2 tahun selepas tahun gajah.
- Berketurunan Bani Tamim.
- Beliau dikenali sebagai As-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan kerana beliau meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad SAW.
- Merupakan orang kedua memeluk agama islam selepas Saidatina Khadijah Binti Khuwalid iaitu isteri kepada Nabi Muhammad SAW.
- Beliau merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW.
- Beliau wafat pada 22 Ogos 634M setelah demam 15 hari.
- Tempoh pemerintahan selama 2 tahun 2 bulan 10 hari.
PELANTIKKAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ
- Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,timbul masalah pemilihan khalifah bagi menggantikan Nabi Muhammad SAW untuk memimpin negara islam.
- Masalah ini timbul kerana Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan wasiat calon untuk pengganti kerana tidak ada pengganti lagi Nabi lain selain Nabi Muhammad.
- Wujud ramai pesaing bagi menggantikan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pemimpin.
- Umat islam dari golongan Muhajirin dan Ansar berkumpul di Dewan Bani Saadah untuk membincangkan pelantikan khalifah tersebut.
- Saidina Abu Bakar telah mencalonkan Saidina Umar Al-khatab bagi mewakili golongan Muhajirin manakala Abu Ubaidah mewakili golongan Ansar.
- Kedua-dua calon telah menarik diri,malah Saidina Umar al-khatab telah mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifan dan disokong oleh Abu Ubaidah.
- Cadangan ini mendapat sokongan majoriti umat islam dan Saidina Abu Bakar telah diumumkan sebagai khalifah pertama kerajaan islam madinah.
- Nama sebenar beliau adalah Umar Bin Al-Khatab.
- Beliau dilahirkan pada tahun , 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.
- Beliau berketurunan Bani Adi.
- Gelarannya ialah Al-Faruq kerana dapat membezakan antara yang benar dan batil.
- Beliau dilantik menjadi seorang khalifah kedua pada tahun 13-23 hijrah .
- Beliau memerintah selama 10 tahun.
- Beliau memeluk islam pada tahun keenam kerasullan Nabi Muhammad SAW.
- Saidina Umar wafat pada tahun ke-23 H kerana ditikam oleh Abu Lub`luah (Majusi) dan beliau dimakamkan berhampiran makam Rasulullah SAW di Madinah.
- Antara sifat keperibadiannya ialah , beliau seorang yang berani,tegas,berterus terang menyatakan pandangan.
- Cara pelantikkan beliau adalah melalui wasiat dan Bai`ah.
- Ketika khalifah Abu Bakar As-Siddiq sedang memimpin , keadaan negeri umat islam baharu pulih daripada masalah.
- Khalifah Abu Bakar As-Siddiq melantik saidina Umar al-khatab sebagai khalifah untuk menggantikannya memerintah negara dan umat islam.
- Khalifah Abu Bakar membuat surat perasmian dan pelantikkan kepada Saidina Umar al-khatab sebagai penggantinya.
- Khalifah Umar al-khatab memerintah selama 10 tahun iaitu pada tahun 634-644 M.
- Nama sebenar ialah Usman Bin Affan.
- Beliau dilahirkan padan tahun , 6 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.
- Keturunan Bani Umaiyyah.
- Gelaran beliau ialah Zu-Nurain kerana beliau telah berkahwin dengan 2 orang puteri rasulullah iaitu Umi Kalthum dan Ruqaiyyah.
- Tarikh dilantik menjadi khalifah ialah , khalifah ketiga pada tahun 23-35 hijrah.
- Tempoh pemerintahan beliau selama 12 tahun.
- Beliau memeluk islam melalui Abu Bakar.
- Beliau wafat pada tahun 35 H pada usia 80 tahun kerana dibunuh ketika membaca al-quran.
- Sifat peribadinya adalah. Pekerti mulia,lemah lembut,kuat beribadat,zuhud,hartawan,dermawan,semangat jihad yang tinggi.
- Saidina Umar mencadangkan beberapa sahabat sebagai pengganti.
- Antara sahabat yang dicadangkan ialah Saidina Uthman,Saidina Ali bin Abi Talib , Talhah bin ubaidah , zubir bin al-Awwam , Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf.
- Pada ketika itu Talhah dan Saad menarik diri.
- Saidina Uthman telah diisytiharkan sebagai khalifah berdasarkan pendapatan sahabat dan orang ramai.
- Nama sebenar ialah Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim.
- Dilahirkan pada 10 tahun selepas kelahiran rasulullah nabi Muhammad SAW.
- Gelaran beliau Karamahulahu wajhah iaitu orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah SWT kerana tidak pernah menyembah berhala.
- Beliau dilantik menjadi khalifah pada , khalifah yang keempat pada tahun 35-40 H.
- Tempoh pemerintahan beliau selama 5 tahun.
- Beliau memeluk islam pada masa kanak-kanak pertama memeluk islam ketika berusia 10 tahun.
- Beliau wafat pada tahun 40 H ketika beliau berusia 63 tahun.
- Sifat peribadi beliau adalah berani,tegas,semangat jihad yang tinggi , menguasai perbagai bidang ilmu,penulis wahyu.
PELANTIKKAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
- Pada tahun 656 masihi , khalifah ketiga islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak.
- Penduduk Madinah dengan didukung sekelompok pasukan dari mesir , Barah dan Khufah mencari siapa yang ingin manjadi khalifah.
- Ketika itu mereka meminta Ali Bin Abi Talib , Zubir bin Awwam , Talhah bin Ubaidilllah , Sa`ad bin Abi Waqash dan ibnu Umar , pada awalnya tidak ada siapa pun yang ingin menjadi khalifah untuk menggantikan Uthman.
- Saidina Ali dilantik menjadi khalifah selepas saidina Uthman.
STRATEGI DAN SUMBANGAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
KHULAFA’ AR-RASYIDIN.
STRATEGI PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHULAFA AR-
RASYIDIN.
1. Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan Al-quran dan Al-sunnah
2. Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad.
3. Mengutuskan khalifah sebagai gabenor dan pendakwah untuk mengembang islam.
4. Melakukan pembaharuan dalam islam.
a. Melakukan pembaharuan dalam islam.
b. Menghapus pemhambaan
c. Mengiktiraf kedudukan wanita
d. Keadilan dalam undang-undang islam.
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
1. Meneruskan gerakkan tentera.
Sebelum kewafatan nabi, pasukan tentera yang dibentuk oleh baginda dan diketuai oleh Usamah bin Zaid ke Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada dibawah jajahan Byzantine. Tindakan ini berlaku disebabkan beberapa orang utusan nabi yang telah dibunuh. Seterusnya, selepas nabi wafat, sesetengah para sahabat kurang setuju dengan cadangan Saidina Abu Bakar yang berhasrat untuk menyambung semula usaha baginda dan peperangan untuk menyerang mereka berlangsung selama 40 hari dan tentera islam mula berjaya.
2. Menentang gerakkan Al-Riddah.
Apabila Saidina Abu Bakar dilantik sebagai khalifah keadaan telah berubah atas sebab ramai kalangan mereka yang telah murtad iaitu enggan membayar zakat dan mengakui nabi-nabi palsu.
a. Musailamah al-Khazzab (yamamah)
b. Sajah al-Harith (perempuan)
c. Tulaihah al-Asadi (Yaman)
d. Al-Aswad al-Ahsi (Yaman)
3. Pembukuan al-Quran.
Ramai orang Riddah yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Malah, Saidina Umar Al-Khatab meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktiviti pengumpulan semula ayat al-Quran.
Saidina Umar Al-Khatab dilantik sebagai pengganti Saidina Abu Bakar melalui perundingan para sahabat ketika sedang sakit. Malah, beliau mengarahkan Saidina Uthman menulis keputusan tersebut apabila cadangan tidak mendapat tentangan daripada sahabat sehingga tindakan ini berjaya mengukuhkan kedudukan politik islam.
5. Perluasan kuasa.
Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur (Byzantine) dengan menghantar Khalid bin al-Walid menentang Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
1. Pentadbiran Wilayah.
Beliau telah bahagikan beberapa jawatan untuk pegawai bertugas iaitu gabenor, setiausaha dan ketua ketua jabatan dengan mereka juga diperiksa harta dan peribadi untuk elak salah laku guna kuasa. Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam memilih pegawai yang cekap seperti Muawiyah b. Abu Sufian b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b.Sumyah.
Baitumal ditubuhkan oleh beliau untuk uruskan harta kerajaan seperti buku kira-kira juga disediakan untuk mengetahui jumlah keluar masuk dalam kewangan negara.
3. Kalendar.
Beliau juga memperkenalkan kalendar yang mana tahun hijrah dijadualkan titik permulaan tahun pengiraan islam dengan memudahkan umat islam mengingati sesuatu perkara.
4. Mengasakan al-Diwan.
Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga masing-masing. Selain itu, bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang terhadap islam.
5. Perluasan wilayah kerajaan islam.
Penaklukkan wilayah yang Berjaya beliau kuasai ialah Syria, Mesir dan Afrika Utara sebagai polisi negara.
SUMBANGAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
1. Kegemilangan.
Wilayah islam bertambah luas hingga ke Kabul dibahagian timur asia dan Maghribi disebelah bahagian utara Afrika. Malah, beliau juga berjaya menumpaskan pemberontak dengan kekuatan angkatan kaum muslimin terserlah sehingga dapat menundukkan pasukan Byzantine dan sepanjang persisiran Afrika Utara maka pengawalan laluan laut Mediterranean terletak dibawah penguasaan islam.
Beliau menyampaikan dakwah dikalangan orang-orang tawanan perang dan ramai dikalangan mereka memeluk islam yang disampaikan oleh islam.
3. Cukai dan Perbendaharaan.
Beliau merupakan khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi pembiayaan tetap untuk para Muadzin. Malah, hasil pendapatan cukai dan perbendaharaan tersebut dapat meningkatkan dam demi kebajikan rakyat.
Beliau mengambil langkah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, Kufah, Mesir dan hanya di Madinah sahaja yang diakui kesahihan untuk rujukan muslim.
1. Terima jawatan khalifah semasa keadaan kegoyahan.
Beliau terima jawatan walaupun keadaan kegoyahan dimana mulanya titik pertukaran politik negara islam yang mana berebut untuk menjadi ketua. Malah, beliau berusaha bersungguh-sungguh sehingga terbunuh hanya untuk menjaga keamanan negara islam.
Dalam satu peperangan saudara iaitu Perang Sifin, tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan disebabkan adanya pihak musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup hentikan peperangan tersebut.
3. Markas tentera di Parsi dan Syria.
Bukti beliau bina markas adalah untuk mengutamakan keharmonian dan kedamaian negara dan berterima kasih kepada tentera.
4. Cukai jizyah kepada Zimmi.
Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara dan kutipan jizyah diteruskan. Malah, beliau meminta golongan Zimmi untuk mengikat perjanjian dalam mengenakan jizyah kepada mereka.
PRINSIP AL-UBUDIYYAH
Definisi al-Ubudiyyah
Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah SWT. Kegiatan manusia seseorang individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah.
Maksudnya:
“ Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya ( hendaklah ) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah?”
(Surah al-Nahl 16:51-52)
Konsep Ubudiyyah
- Allah tidak meredai hamba Nya yang terlalu dengan kemewahan dunia iaitu mengurung diri di dalam rumah ibadat seperti masjid, atau surau hanya untuk beribadat , kerana di dalam islam beribadat boleh dilakukan di mana-mana sahaja tidak mengira di kebun mahupun tempat-tempat berniaga atau di pantai sekali pun.
- Hubungan manusia dengan Allah SWT ada berdasarkan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali lagi. Perjanjian ini dilakukan sejak di alam roh lagi iaitu di alam di mana semua manusia berada dalam perut ibu. Manusia telah mengakui ketuhanan kepada Allah SWT serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Nya.
Maksudnya:
“Bukankah Aku Tuhan kamu? Maka jawab roh: “ Ya, kami bersaksi supaya engkau tidak menyatakan pada hari Kiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap ini”
Allah SWT ada menyebut lagi dalam firman-Nya:
Maksudnya:
“ (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku akan menjadikan seseorang khalifah di atas muka bumi, Maka jawab mereka: Adakah patut Engkau Menjadikan di atas muka bumi orang yang masih berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
Prinsip Al-Ubudiyyah yang diguna oleh Khulafa Ar-Rasyidin untuk
pemerintahan dan pentadbiran.
1. Undang-undang dan perlembagaan berdasarkan al-Quran dan hadis
- Al-Quran dan hadis adalah sumber utama selepas kewafatan Rasullulah SAW jadi apa apa keputusan yang ingin dilakukan perlulah mengikut dua sumber utama.
2. Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura.
- Ahli majlis ialah suatu majlis yang dianggotai oleh ahlil Al-hallu wal Aqdu iaitu golongan yang bijak menghuraikan dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara
- Ketua negara ialah orang yang memegang jawatan tertinggi di dalam negara serta tanggungjawab mereka adalah berat. Tetapi semua keputusan tentang sesuatu perkara harus dibincangkan , bukan hanya berdasarkan ketua negara sahaja.
- Pelantikan ini memudahkan segala urusan negara jadi setiap ahli yang berjawatan haruslah di pilih dengan berhati-hati.
- Apabila khalifah melakukan kesalahan, mereka juga akan mendapat hukuman yang sama seperti orang lain. Tetapi sebagai seorang khalifah mana mungkin melakukan kesilapan kerana mereka dipilih berdasarkan latar belakang yang mempunyai sifat pemimpin di dalam jiwa mereka
Kesimpulan konsep Ubudiyyah
Konsep Ubudiyyah merupakan satu prinsip paling penting dalam organisasi kerana konsep ini dapat membentuk sikap individu yang baik dan berperanan memajukan organisasi. Seseorang yang baik mampu memwujudkan budaya organisasi yang baik untuk mendapat perkembangan yang lebih maju.
Kesimpulan
Kesimpulannya,khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat terhadapnya. Oleh itu, seseorang khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki keupayaan serta berkemampuan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir. Perlantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa Ar-Rasyidin berlaku secara demokrasi. Pemilihan khalifah dilakukan oleh umat islam di dalam satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura di mana ahli-ahlinya terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dan ketua-ketua kaum. Perlantikan khalifah yang tidak berdasarkan kelayakan akan memusnahkan serta menghancurkan sesebuah kerajaan dan boleh mengakibatkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat jelata. Sistem Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin menitik beratkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara. Oleh kerana sistem pemerintahan ini, kerajaan islam dapat berkembang dengan kukuh sehingga mampu menjadi negara yang kuat. Khalifah yang dilantik bersikap tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan yang mewah. Mereka berjuang habis-habisan untuk mengekalkan pembanggunan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata. Pada akhir Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin ia digantikan dengan Pemerintahan Sistem Warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun-temurun atau lebih dikenali sebagai monarki.Akhir kata, rakyat dapat merasai kenikmatan, kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
Sumber Rujukan
1.Asmahan Mokhtar & Nurshahiza Mohamad Isa (2015).Pengurusan Dalam Islam.
Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd
2. Hjh.Nor Bee Aziz. (2013).Nota Kumandang II Pendidikan Islam Spm.Pulau Pinang:Ejarts Trading.
No comments:
Post a Comment